12 June 2020

10 Minit Yang Berharga

Benda ni simple je.
Namun dia punya kesan, Masya Allah amazing! Memang Dr Siti sungguh-sungguh kempen dalam setiap talk beliau.

Dr Siti selalu pesan buat benda ni dengan anak-anak. Tak lama pun, 10 minit sehari je.

10 minit sehari ni kena peruntukkan setiap hari.
Kena CARI MASA tu sendiri. Bukan tunggu bila free.

Tutup TV, handphone dan semua gajet yang ada.
Hanya ada kita, anak, kertas dan pensel sahaja.
Kita betul-betul fokus pada anak waktu tu.

Apa kesannya?
Anak akan lebih bonding dengan kita. Anak akan lebih percaya pada kita.

Kita juga dapat kenalpasti kebolehan anak.

Kalau anak boleh duduk diam-diam,
Dengan kertas tu anak boleh tulis ABC, tulis cerita, Insya Allah anak jenis boleh fokus di sekolah.

Kalau anak suka lukis melukis,
Anak lebih mudah dengan konsep mind-mapping.

Kalau dengan kertas tu jadi kapal terbang, anak melompat sana sini,
Anak jenis kinestatik.
Silalah dapatkan trampolin untuk anak lepaskan tenaganya yang super power itu.

Ada kisah seorang ibu,
Yang dah tak tahu nak buat apa bila setiap pagi asyik berperang dengan anak yang meragam tak nak pergi sekolah.

"Anak you tak percayakan you ni."

Bammm!!
Memang pada awalnya tak boleh terima juga bila Dr Siti komen macam tu.

Namun, bagus ibu hebat ni.
Walau ada rasa ragu-ragu, tapi beliau buat 10 minit setiap hari dengan anak. Tanpa gagal.
Apa salahnya cuba benda yang baik walau logik akal tak nak terima benda ni kan?

Nak tahu? Selang beberapa lama kemudian, beliau maklumkan pada Dr Siti anaknya semakin gembira untuk ke sekolah. Tiada lagi drama "Anakku Meragam di Pagi Hari."

Dengan usaha 10 minit setiap hari kita fokus pada anak sahaja dapat mengembalikan bonding dan kepercayaan anak pada kita.

Anak yang percayakan kita Insya Allah lebih tenang dan lebih mudah untuk urus emosinya sendiri.

Bila ada yang kata sibuk sangat sampai tak ada masa 10 minit,
Faham tu. Siang kerja, malam sibuk dengan urusan rumah dan anak-anak pula.

Lalu Dr Siti tanya satu soalan je.

"Ada Facebook?"

Kita scroll FB setiap hari pun dah lebih 30 minit.
Belum lagi campur dengan dok geram-geram baca gosip kontroversi.
Insya Allah boleh sangat cari 10 minit untuk anak-anak, kan?

Mel Robbins ada cakap,
Facebook ni ialah tempat "hal orang lain", cuma dia cakap versi menusuk kalbu sikit,
"other people's shit".

Jadi, berhenti letak hal online ni sebagai priority.

Yang lebih utama ialah jaga anak-anak kita dulu sebab Tuhan bagi khas dan istimewa untuk kita jaga. Solely buat kita sahaja.
Maksudnya Tuhan tahu kita mampu buat yang terbaik untuk pegang tanggungjawab sebagai ibu ni sebab tu kita dipilih.

Ibu-ibu,
Bina bonding dan kepercayaan anak sejak kecil lagi sebab kita nak anak yang sentiasa percayakan kita kan? Yang emosinya lebih stabil dan terpenuh gitu. Yang bila besar dahulukan kita, bukan orang luar. CARI MASA 10 minit untuk mereka.

Ada cita-cita nak bekal doa anak yang soleh bila mati nanti kan?
Sekarang, ini salah satu tindakan kita untuk capai gol tu.

Kongsi dengan ibu-ibu hebat yang kita sayangi. Mungkin mereka juga memerlukan ini.

Nadia Bakar
Yang tengah berusaha juga.

09 May 2020

Doa Nabi Ibrahim AS

Pagi ni bertemu lagi dengan ayat ni.

Nabi Ibrahim AS, seorang ayah yang beriman dan bijak. Ketika baginda diperintahkan oleh Allah SWT untuk meninggalkan isteri yang dicintai, Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail AS yang masih kecil di tengah-tengah kawasan padang pasir yang panas dan gunung-ganang batu di kota Mekah. Di mana ketika itu tidak ada tanda-tanda kehidupan apa pun di situ. 

Yang peliknya, baginda langsung tak minta pada Allah agar dikurniakan mereka harta, makanan yang banyak untuk teruskan kehidupan sepeninggalan baginda.

Namun, baginda berdoa supaya Allah tetapkan isteri dan anak baginda untuk tetap taat dalam solat sebab baginda tahu dan yakin dengan janji Allah SAW.

Bila solat Allah akan cukupkan semuanya. Allah yang akan selesaikan bab harta, makan minum dan segala masalah di dunia ini.

Ternyata baginda yakin, isteri dan anaknya akan ditinggalkan di dalam "tangan" yang terbaik. Serah semuanya tanpa ragu-ragu kepada Allah yang memiliki sepenuh kasih sayang di dunia ini yang melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Didoakan kita dan zuriat keturunan kita dipermudahkan dalam urusan menunaikan solat selagi masih hidup di dunia ini supaya Allah redha dan sayang. 

Jom amalkan doa yang Nabi Ibrahim AS titipkan ini setiap kali lepas solat. 

Doa Kaum Nabi Musa AS


Terkesan sungguh dengan perintah Nabi Musa AS kepada kaum baginda dalam Surah Yunus pagi ini.
Disambung pula dengan keindahan doa yang mereka panjatkan kepada Allah. Terus tagging warna hijau (untuk doa) dalam Al-Quran. Senang nak cari nanti.

Dan Musa AS berkata,

"Wahai kaumku! Apabila kamu beriman kepada Allah maka bertawakallah kepadaNya jika kamu benar-benar orang muslim (berserah diri)." - Ayat 84.

Lalu mereka berkata,

"Kepada Allah lah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu daripada orang kafir." - Ayat 85-86.

Nota saya :

Pelihara iman dan rasa tawakal kami, Ya Allah. Agar kami sentiasa menggantungkan harapan kami hanya padaMu. Bukan pada selain dariMu.

Agar kami melakukan apa saja dengan niat untuk mencapai redhaMu. Kasihani kami, berilah rahmatMu kepada kami. Jauhilah kami dan zuriat keturunan kami daripada fitnah yang seumpamanya.

Amin amin ya robbal'alamin.