12 June 2020

10 Minit Yang Berharga

Benda ni simple je.
Namun dia punya kesan, Masya Allah amazing! Memang Dr Siti sungguh-sungguh kempen dalam setiap talk beliau.

Dr Siti selalu pesan buat benda ni dengan anak-anak. Tak lama pun, 10 minit sehari je.

10 minit sehari ni kena peruntukkan setiap hari.
Kena CARI MASA tu sendiri. Bukan tunggu bila free.

Tutup TV, handphone dan semua gajet yang ada.
Hanya ada kita, anak, kertas dan pensel sahaja.
Kita betul-betul fokus pada anak waktu tu.

Apa kesannya?
Anak akan lebih bonding dengan kita. Anak akan lebih percaya pada kita.

Kita juga dapat kenalpasti kebolehan anak.

Kalau anak boleh duduk diam-diam,
Dengan kertas tu anak boleh tulis ABC, tulis cerita, Insya Allah anak jenis boleh fokus di sekolah.

Kalau anak suka lukis melukis,
Anak lebih mudah dengan konsep mind-mapping.

Kalau dengan kertas tu jadi kapal terbang, anak melompat sana sini,
Anak jenis kinestatik.
Silalah dapatkan trampolin untuk anak lepaskan tenaganya yang super power itu.

Ada kisah seorang ibu,
Yang dah tak tahu nak buat apa bila setiap pagi asyik berperang dengan anak yang meragam tak nak pergi sekolah.

"Anak you tak percayakan you ni."

Bammm!!
Memang pada awalnya tak boleh terima juga bila Dr Siti komen macam tu.

Namun, bagus ibu hebat ni.
Walau ada rasa ragu-ragu, tapi beliau buat 10 minit setiap hari dengan anak. Tanpa gagal.
Apa salahnya cuba benda yang baik walau logik akal tak nak terima benda ni kan?

Nak tahu? Selang beberapa lama kemudian, beliau maklumkan pada Dr Siti anaknya semakin gembira untuk ke sekolah. Tiada lagi drama "Anakku Meragam di Pagi Hari."

Dengan usaha 10 minit setiap hari kita fokus pada anak sahaja dapat mengembalikan bonding dan kepercayaan anak pada kita.

Anak yang percayakan kita Insya Allah lebih tenang dan lebih mudah untuk urus emosinya sendiri.

Bila ada yang kata sibuk sangat sampai tak ada masa 10 minit,
Faham tu. Siang kerja, malam sibuk dengan urusan rumah dan anak-anak pula.

Lalu Dr Siti tanya satu soalan je.

"Ada Facebook?"

Kita scroll FB setiap hari pun dah lebih 30 minit.
Belum lagi campur dengan dok geram-geram baca gosip kontroversi.
Insya Allah boleh sangat cari 10 minit untuk anak-anak, kan?

Mel Robbins ada cakap,
Facebook ni ialah tempat "hal orang lain", cuma dia cakap versi menusuk kalbu sikit,
"other people's shit".

Jadi, berhenti letak hal online ni sebagai priority.

Yang lebih utama ialah jaga anak-anak kita dulu sebab Tuhan bagi khas dan istimewa untuk kita jaga. Solely buat kita sahaja.
Maksudnya Tuhan tahu kita mampu buat yang terbaik untuk pegang tanggungjawab sebagai ibu ni sebab tu kita dipilih.

Ibu-ibu,
Bina bonding dan kepercayaan anak sejak kecil lagi sebab kita nak anak yang sentiasa percayakan kita kan? Yang emosinya lebih stabil dan terpenuh gitu. Yang bila besar dahulukan kita, bukan orang luar. CARI MASA 10 minit untuk mereka.

Ada cita-cita nak bekal doa anak yang soleh bila mati nanti kan?
Sekarang, ini salah satu tindakan kita untuk capai gol tu.

Kongsi dengan ibu-ibu hebat yang kita sayangi. Mungkin mereka juga memerlukan ini.

Nadia Bakar
Yang tengah berusaha juga.

09 May 2020

Doa Nabi Ibrahim AS

Pagi ni bertemu lagi dengan ayat ni.

Nabi Ibrahim AS, seorang ayah yang beriman dan bijak. Ketika baginda diperintahkan oleh Allah SWT untuk meninggalkan isteri yang dicintai, Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail AS yang masih kecil di tengah-tengah kawasan padang pasir yang panas dan gunung-ganang batu di kota Mekah. Di mana ketika itu tidak ada tanda-tanda kehidupan apa pun di situ. 

Yang peliknya, baginda langsung tak minta pada Allah agar dikurniakan mereka harta, makanan yang banyak untuk teruskan kehidupan sepeninggalan baginda.

Namun, baginda berdoa supaya Allah tetapkan isteri dan anak baginda untuk tetap taat dalam solat sebab baginda tahu dan yakin dengan janji Allah SAW.

Bila solat Allah akan cukupkan semuanya. Allah yang akan selesaikan bab harta, makan minum dan segala masalah di dunia ini.

Ternyata baginda yakin, isteri dan anaknya akan ditinggalkan di dalam "tangan" yang terbaik. Serah semuanya tanpa ragu-ragu kepada Allah yang memiliki sepenuh kasih sayang di dunia ini yang melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Didoakan kita dan zuriat keturunan kita dipermudahkan dalam urusan menunaikan solat selagi masih hidup di dunia ini supaya Allah redha dan sayang. 

Jom amalkan doa yang Nabi Ibrahim AS titipkan ini setiap kali lepas solat. 

Doa Kaum Nabi Musa AS


Terkesan sungguh dengan perintah Nabi Musa AS kepada kaum baginda dalam Surah Yunus pagi ini.
Disambung pula dengan keindahan doa yang mereka panjatkan kepada Allah. Terus tagging warna hijau (untuk doa) dalam Al-Quran. Senang nak cari nanti.

Dan Musa AS berkata,

"Wahai kaumku! Apabila kamu beriman kepada Allah maka bertawakallah kepadaNya jika kamu benar-benar orang muslim (berserah diri)." - Ayat 84.

Lalu mereka berkata,

"Kepada Allah lah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami (sasaran) fitnah bagi kaum yang zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu daripada orang kafir." - Ayat 85-86.

Nota saya :

Pelihara iman dan rasa tawakal kami, Ya Allah. Agar kami sentiasa menggantungkan harapan kami hanya padaMu. Bukan pada selain dariMu.

Agar kami melakukan apa saja dengan niat untuk mencapai redhaMu. Kasihani kami, berilah rahmatMu kepada kami. Jauhilah kami dan zuriat keturunan kami daripada fitnah yang seumpamanya.

Amin amin ya robbal'alamin.

Habbatussauda' dan Batuk


Waktu Aariz kecil dulu biasa amalkan habbatussauda'. Masa tu makan yang jenis liquid bukan jenis soft gel macam ni. ⁣⁣

Lepas tu dah tak ingat kenapa dah tak amalkan ek. Ke sebab leceh nak bersudu bila makan? Tak berjaya nak recall sebab apa ni.⁣⁣
⁣⁣
Sekarang, bila kami tiga beranak batuk, kawan yang jual habbatussauda' dulu suggest makan habbatussauda'. Hahaha baru teringat dulu pernah makan kan. ⁣⁣
⁣⁣
Cuma bila ada jenis soft gel ni lebih mudah nak makan. Aariz pun boleh join sekali sebab pandai telan kapsul gini.⁣⁣
⁣⁣
Annur je kena gigit sikit kapsul tu dan picit masuk dalam mulut dia. Alhamdulillah dua-dua pun senang makan. Siap mintak lagi! Hahaha tak boleh, tak boleh. Ni kena bajet-bajet sebab makan 3 kali sehari. ⁣⁣
⁣⁣
Alhamdulillah nampak kurang banyak batuknya. Malam pun tak terjaga dah. ⁣⁣
⁣⁣
Habbatussauda', selain bagus untuk batuk, bagus juga untuk tingkatkan sistem pertahanan badan. Cubalah.⁣⁣
⁣⁣
Alhamdulillah for the oil. ⁣

06 May 2020

Quote Kegemaran?


Ada masanya memang akan lalui fasa "rasa nak give up" terutamanya bila kita sedang usahakan sesuatu yang penting tapi belum lagi menjadi. Siap pakej drama kecewa dan airmata.

Sebelum ambil keputusan nak pilih untuk putus asa, bolehlah ingat pesan Jim Carey ni.

"If you give up on your dreams, what's left?"
- Jika kau putus asa dengan impian-impian kau, apa lagi yang tinggal? 

Quote ni sangat kuat impaknya untuk saya sejak mula-mula jumpa dulu sebab saya takut nak kejar impian dan takut nak buat benda yang sepatutnya dibuat. Banyak ketakutan itu ini dari kecil. 

Siapa macam saya? I really feel you. 

Sebab tu saya lambat ambil lesen kereta. Takut gila nak drive. Hahaha. Sebelum drive dulu, kena sapu siap-siap minyak Valor untuk rangsang keberanian sampailah saya dah tak perlu guna lagi minyak tu sekarang. 

Cakap je nak pergi mana, Insha Allah sampai walaupun kadang-kadang salah jalan, salah tempat parking. Newbie katakan. Hahaha. 

Buat wallpaper macam ni, letak gambar anak-anak. Bila tengok setiap masa, perlahan-lahan masuk minda separa sedar gitu agaknya. Macam baca affirmation barangkali ya. 

Sedar tak sedar, sampai satu masa tu saya berjaya buat apa yang saya impikan selama ni. Salah satunya ialah berhenti kerja dan beberapa lagi siri kehidupan yang berjaya diubah. Tak sangka boleh jadi seberani itu. Biiznillah. 

Jika ada kawan-kawan yang lalui fasa sama, didoakan Allah membantu kalian. Teruskan berkuat! 😊

#NotaNadia
#FearLies

05 May 2020

Khutbah Syaitan di Akhirat Nanti





Ya Allah! Apa lagi alasan yang boleh kita cakap depan Allah nanti? 😭⁣

Hari yang semua orang kecut perut, berdebar-debar, tak berani angkat muka sekalipun. ⁣

Syaitan sendiri akan cakap semua ni. Ada dalam Surah Ibrahim, ayat 22. ⁣

Bayangkanlah, syaitan terus berlepas diri daripada apa kerosakan dan dosa yang kita dah buat sebab kita yang terburu-buru ikut bisikan dia. Dia siap suruh salahkan diri kita sendiri 😭⁣

Ala-ala padan muka engko, siapa suruh engko menggelabah ikut cakap aku? ⁣

Iblis tu dah cukup ingkar sejak dulu. Dia pun tak mau tanggung dosa-dosa kita sekali. ⁣

Keyword di sini,⁣

Syaitan tak mampu paksa kita. Kerja dia ialah timbulkan rasa waswas dan keinginan dalam diri kita supaya kita semua terjerumus dalam kesesatan. ⁣

Lindungi kami, Ya Allah. ⁣

Terima kasih sahabat wangi yang hadiahkan buku istimewa ini. Terlalu banyak ibrah di dalamnya sehingga menjadi penawar bagi hati yang resah gelisah menongkah arus ujian kehidupan. ⁣

"Jika suara itu membawa kepada kejahatan atau menyukarkan kita membuat kebaikan, itulah suara syaitan."  - Ustaz Syaari Ab Rahman.⁣

#nbreading

17 January 2020

Kelas Praktikal Sunnah

Hari tu kami semua mulakan kelas Praktikal Sunnah dengan 1 sunnah Rasulullah SAW yang pada saya agak berat, janggal dan rasa malu untuk buat. 😅

Bayangkanlah, sahabat-sahabat lain dah siap bergilir-gilir kongsi cara mereka praktis. Saya di sini dok terkulat-kulat lagi. Kesian sungguh!

Sebenarnya saya pun baru tahu ia sunnah. Selama ni ingatkan orang saja nak buat macam tu. Macam style dia gitu ke kan. Rupa-rupanya silap besar. Ceteknya ilmu pengetahuan kamu wahai Nadia. 😅

Sunnah yang saya cerita ni ialah tentang mendoakan orang lain.

Hurm, ni bukan doa senyap-senyap setiap kali lepas solat, yang macam kita biasa buat tu tau. Tapi doa terus depan muka orang tu. Huwaaaaa. Ya begitu perasaannya waktu saya kena buat hari tu. Tebal terus isi kulit muka ni. Sejuk tangan kaki. 😂

Saya tiba-tiba praktis begini.

Waktu beli barang dapur dengan anak-anak hari tu, tak dapat parking yang dekat dengan pintu masuk.

Bila dah siap bayar tiket parking, sambil tolak troli, mulut ni laju je sebut "Eh, jauh jugak ibu parking tadi."

Dalam kepala ligat fikir macam mana ni? Nak tolak troli sampai kereta ke? Waktu tu panas rembang pukul 12 tengahari. Kesian pula anak-anak ni.

Tiba-tiba seorang wanita yang sedang mengandung ni terdengar. Dia pandang saya terus dia offer untuk jagakan anak-anak dengan barang-barang dalam troli sekali. Waktu tu macam eh! Betul ke ni?

"Takpe takpe, akak pergi ambil kereta dulu. Saya jaga diorang."

Lepas tu terdengar dia cakap pada mak dia yang ada berdekatan. Nak tolong jagakan sekejap sementara saya ambil kereta.

Alhamdulillah. Terus jalan laju-laju pergi ambil kereta. Dalam hati ada lega dan sebak. Itulah, saya memang cengeng begitu. Huhuhu.

Bila ambil anak-anak dan barang-barang dalam troli, dengan muka tebal dan tangan kaki rasa sejuk terus cakap pada wanita yang baik hati tadi.

"Saya doakan Allah mudahkan urusan puan sebab dah tolong saya hari ni."

Mata dah bergenang. Masuk kereta terus menangis. Baiknya Allah. Bila dapat buat sunnah tu rasa lega sangat! Macam selesai satu homework. Baru boleh tidur lena. 😂

Takde la teruk sangat pun. Wanita yang baik hati tu pun ceria je bila doakan begitu.

Hadis berkaitan sunnah ini ialah tentang 'Nabi Tidak Dapat Tidur'

Aisyah melaporkan, katanya, "Pada suatu malam Rasulullah tidak dapat tidur.

Lalu beliau berkata, 'Mudah-mudahan ada lelaki soleh daripada kalangan sahabatku yang akan datang menjagaku pada malam ini.'

Kemudian kami terdengar bunyi senjata.

Rasulullah bertanya, 'Siapakah itu?'

Orang itu berkata, 'Saad bin Abu Waqas, wahai Rasulullah.'

Rasulullah bertanya, 'Apakah yang membuatkan saudara datang?'

Saad menjawab, 'Terdetik dalam diri saya perasaan risau tentang Rasulullah. Lalu saya datang bagi menjaga tuan.'

Rasullullah berdoa untuknya, kemudian tidur.

- Hadis ini terdapat dalam rekod koleksi sahih Muslim

Setiap minggu kami belajar tentang 1 sunnah. Saya suka kelas online ni sebab konsepnya terus praktis. Dia bukan kelas sekadar menambah ilmu pengetahuan. Memang Puan Guru akan tanya siapa dah buat. Jeng jeng jeng. Mana nak lari? 😂

Pada saya bagus sangat kelas ni. Dia akan berjangkit-jangkit sikap nak buat benda baik pada semua orang yang join.

Bila baca kisah orang lain, kita akan rasa oh takde la susah sangat sebenarnya. 😁

Untuk kawan-kawan yang perlukan dorongan macam saya, yang nak circle baru. Circle yang setiap hari ingatkan kita tentang sunnah Rasulullah SAW. Jomlah join kelas ni. Untuk ibu yang ada anak-anak kecil macam saya, memang sangatlah suka kelas di Telegram macam ni. Anytime boleh belajar.

Paling penting, usaha ni dapat dorong anak-anak juga buat benda yang sama secara santai. Boleh praktis dengan anak-anak Insha Allah. ♥️

Jomlah!