24 December 2019

Inspirasi Doa Ustazah Asma' Harun


Pada bulan September yang lepas, saya sangat terkesan dengan perkongsian Ustazah Asma' Harun melalui ceramahnya dengan Ustazah Asni Mansor. Rasanya kalau saya di tempat beliau pun boleh jadi hilang arah. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Silap-silap menangis berbulan-bulan agaknya meratapi nasib diri.

Wanita mana yang bersedia untuk diuji dengan kebarangkalian rahimnya akan dibuang selepas melahirkan anak? Sudahlah bersalin pun perlu melalui proses pembedahan C-Section. Allahu akbar.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Prosedur buang rahim tu akhirnya tak perlu dilakukan. Waktu ustazah cerita ni, saya dah meremang bulu roma. Goosebump! Ya Allah, Allah betul-betul sedang menunjukkan kekuasaanNya.

Saya kira ini memang ujian yang menuntut keredhaan dan tawakal tertinggi pada Allah. Biasa baca pengalaman kawan-kawan yang ambil masa lebih lama untuk sihat sepenuhnya selepas pembedahan. Dengan nak menyusukan anak lebih kurang sejam sekali, dengan tak cukup tidur lagi. Nak duduk pun perlu dibantu orang lain. Waktu lepas bersalin, hormon estrogen and progesteron menurun teruk sebab tu ada yang sampai jadi Post Partum Depression (PPD), inikan pula tambah dengan situasi tiada rahim buat selama-lamanya.

Namun, begitulah Allah. Setiap ujian yang diberi semuanya untuk kita kembali kepadanya. Back to Allah dengan penyerahan dan taubat yang sebenar-benarnya. Ujian juga tanda Allah sedang memandang kita. Allahu. Nak cakap macam ni memang mudah, tapi bila diri sendiri diuji, Allah saja yang tahu betapa struggle nya nak jadi rasional.

Ada yang amalkan baca ayat ini dalam setiap sujud, akhirnya masalah yang selama ini bertahun-tahun membuatkan beliau sangat bersedih hati tiba-tiba diangkat oleh Allah. Allahu akbar.

Teringat pesan Ustaz Adi Hidayat,

"Berdoalah. Saat kita berdoa, walaupun masalah belum selesai namun hati tenang."

Beruntungnya ustazah. Asbab ujian ini juga, ustazah dikurniakan ilmu baru oleh Allah melalui puan gurunya setelah segala zikir yang dibaca tetap tidak dapat menenangkan hati. Maha Baiknya Allah. Dapat pula ustazah berkongsi dengan lebih ramai lagi. Sungguh ia rezeki pencen kubur yang mahal, iaitu ilmu yang bermanfaat kan?

Oleh sebab saya tak berapa lancar nak hafal ayat (doa) ini, saya design wallpaper handphone untuk locked screen. Senang untuk saya hafal bacaan dan maknanya. Bermula dengan buat beberapa gambar dan dikongsikan dengan sahabat-sahabat terdekat, kemudian saya fikir. Apa kata saya kongsikan dengan lebih ramai lagi di Facebook? Siapa tahu ada yang memerlukan.

Maka terhasillah 4 wallpaper, kemudian 10 dan yang terbaru ni 12 gambar.

Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar dan boleh save. Jemput guna dan kongsikan dengan mereka yang tersayang. Didoakan menjadi ladang pahala buat kita dan Allah redha.




        

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comment!